Sandara Park Bercakap tentang Thunder!

Sandara Park yang berusia 28 tahun dan adiknya, berusia lima tahun lebih muda daripadanya menyatakan: "Saya selalu mendukungnya ketika kami masih kecil, oleh sebab itu saya selalu risau tentangnya. Tetapi apabila melihatnya kini, bekerja keras ketika melakukan persembahan di atas pentas, saya berasa sungguh berpuas hati.

Sebelum Sandara Park membuat debut, beliau tidak mempunyai kelayakan untik menjadi seorang pelatin. Pada waktu itu, CEO YG, iaitu Yang Hyun Seok memberi beliau tempoh masa sebulan untuk berlatih. Jika beliau gagal untuk menunjukkan sebarang kemajuan, beliau akan disingkirkan. Oleh itu beliau berlatih untuk memantapkan vokal beliau dan skill tariannya bersama-sama ahli kumpulannya dan hasilnya beliau kekal sebagai pelatih.

Selain itu, Thunder dan ahli MBLAQ yang lain telah dilatih oleh Rain sendiri. "Thunder sudah lama hendak menjadi seorang penyanyi. Dia lebih bekerja keras daripada saya. Dia juga lebih berbakat dalam bidang muzikal", Dara berkata.

Disebabkan oleh perbezaan jarak antara hostel meraka, Dara dan Thunder jarang berjumpa dan selalu berutus melalui email.

Dara berkata, "Setiap kali saya tenung skrin komputer ketika Thunder menyanyi, ahli lain kata saya kelihatan seperti peminat yang obses."

 
credits:

source: mypaper
English translation: daralinspirit@ForeverWithDara
Malay translation by: sillysera@ForeverWithDara & MeGustaKhiem@ForeverWithDara

0 comments:

Post a Comment

 
ForeverWithDara © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops