[Artikel] Sandara Park 2NE1 – SHINee Jonghyun berlakon didalam drama SNS- kisah percintaan guru dan pelajar?





Petikan gambar dari iklan Etude 2NE1 Sandara Park dan SHINee’s Jonghyun telah menjadi topik yang hangat.



Pada 20 Februari yang lalu, Sandara Park telah ‘mengupdatekan’ Me2day-nya dengan, Darong's SNS Drama akan datang...!!! +.+ Iklan ini berada di dalam format special untuk SNS Drama, ia juga ditangkap tidak lama dahulu, dan saya sudah berlakon sedikit sebelum ini, tetapi... ^^;;; Ianya agak susah untuk saya kali ini! Ke Ke Ke Ah betul, betul la ~ Aacccckkkk!!! *Swoosh*~!! katanya disertakan gambar dengan pos itu.



SNS: Social Networking Site (ie; Facebook, Twitter, Me2day)


Penyanyi itu turut menambah “Lakonan teruk Darong” di akhir posnya, sekaligus membawa gelak tawa daripada peminat-peminatnya.





Gambar itu memaparkan Sandara dan Jonghyun melakonkan watak sebagai seorang guru/pensyarah dan pelajar. Sandara Park memakai kacamata bertangkai merah jambu (pink) dan membaca buku, sambil bermimpikan Jonghyun.






Selain daripada itu, Jonghyun tampak segak sebagai cikgu/pensyarah muda yang memberi syarahan di hadapan. Dia memaparkan gaya yang matang, bijak dan seseorang yang berintelektual dengan pakaian berwarna kuning air dan kacamata.



Pengguna internet di Korea Selatan telah memberi pelbagai pendapat mengenai berita ini, seperti “Comel,comel,comel!”, “Saya rasa diorang berdua nampak sesuai bersama!”, “ Kalau itu (Sandara) ialah anak murid saya, saya takkan dapat tahan diri saya!”, “Sandara kelihatan sangat sangat sangat muda!”, “Walaupun selepas setahun dengan Etude, penampilan comel Sandara tak berubah. Cantik.”, “Saya harap ini boleh jadi drama tak lama lagi!”, “Tak sabarnya, saya harap ini ialah drama yang betul!”.



Selain itu, daya penarikan Sandara, personality yang menarik dan penampilan remaja untuk kesemua iklan Etude telah mendapat respon yang positif dan pujian daripada pengguna internet.




Cr: OhDara.com for English Translation, 
Translated by: Blackjackbelle@OhDara/ SlaveTrnslator@WeLoveDara 
http://news.nate.com/view/20120220n27486, http://news.nate.com/view/20120220n24428, http://news.nate.com/view/20120220n24709, http://www.dailiang.co.kr/news/articleView.html?idxno=37294, http://news.nate.com/view/20120220n25617, http://news.nate.com/view/20120220n24800, http://news.nate.com/view/20120220n26127


0 comments:

Post a Comment

 
ForeverWithDara © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops